Rabu, 30 Julai 2014

RAYA KE- 4 (31 Julai)

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini nampaknya cuaca agak cerah tidak seperti semalam. Tetapi agak sejuk. Baguslah.
 
Wahizat sekeluarga datang petang semalam. Hendak meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam tetapi saya mengajak mereka menginap di rumah sebab hari sudah malam. Makanlah apa yang ada dan tidurlah seselesa
yang ada. Gambar di atas diambil semasa mereka hendak balik pada pagi ini.


Dia mempunyai seorang anak perempuan yang istimewa berumur 4 tahun. 

Susu dimasukkan ke dalam perut menerusi lubang yang ditebuk  menggunakan saluran khas.
Susu diberi setiap 4 jam. Dalam sebulan sebanyak 10 tin susu diperlukan dengan harga setin melebihi RM70.
Setakat ini Baitulmal memberikan perbelanjaan membeli susu sebanyak 6 tin sebulan, manakala 4 tin lagi perlu dibeli sendiri.
Peralatan yang digunakan perlu dibersihkan dari kotoran dan kuman.
Waktu malam semasa hendak ditidurkan.

Khairul Anwar sampai pada tengah hari









Tetamu pertama pada raya ke-4


koh

HARI RAYA KE- 3 (30 Julai)

Assalamualaikum wbt.

Dari pagi cuaca sudah gelap menandakan hari hendak hujan. Dalam emosi yang agak sedikit terganggu saya menulis sesuatu di FB:




dan


 Tengahari hujan lebat. anak Kak Yang yang terdiri dari 5 keluarga dan anak Bang San 4 keluarga. Saya tak sempat mengira berapa ramai. Bila masuk sahaja, Mohd Hanafi memulakan marhaban dan seterusnya doa. Seronok bila anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara bermarhaban bersama. Hilang sekejap kedukaan yang melanda.

Marhaban diketuai Mohd Hanafi. Tn Hj Ghazali (bapa mertua Mohd Hanafi) juga turut datang.
Saya bertukar posisi

Kerusi memang tak cukup....duduk kat lantai je.
Penuh ruang tamu...sesuatu yang menyeronokkan.
Tetamu kenit pun ada.
Akhirnya bergambar ramai. (gaya siuman)

......dan gaya bebas

Satu jam setelah mereka meninggalkan rumah, Mahathir Ibrahim dan keluaraganya sampai pula.

Keluarga Mahathir




 

Selasa, 29 Julai 2014

HARI RAYA KE-2 (29 Julai)

Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi lagi cuaca sudah redup dan diikuti dengan hujan sedikit-sedikit. Jam 9 pagi memulakan perjalanan ke Muar. Tiga kereta kesemuanya. Azam telah berjanji akan bertemu di Muar kerana dia masih di Johor Bahru.


Disebabkan hujan renyai ziarah kubur dibatalkan dan kami terus ke rumah Mak Andak (anak-anak panggil Tok Andak). Jam baru pukul 10.35 pagi.

Bergambar depan rumah Tok Andak. Uqail memang susah nak bergambar.

Tok Ngah dah tak kenal kami.
Terfikir di fikiran saya: Adakah saya akan dapat bertahan sehingga usia Hj Mustafa ini (saya panggil Pak Ngah).  Jika sampai bagaimanakah keadaan saya dan apakah penerimaan keluarga saya...

Cucu-cucu yang belum mengerti apa-apa. Mereka menangis jika kelaparan, mereka menangis jika kepenatan dan mereka akan menangis harapan tak ditunaikan. Alaihai cucu-cucuku.....

Berkunjung pula ke rumah Khir di Taman Temiang, Muar. Seperti biasa makan, solat, bual2 di sini. Azam dan keluarga sampai dari Muar.
Di sinilah pertemuan 7 orang cucu atuk. Atuk nak bergambar dengan semua cucu...tapi punyalah susah. Inilah post yang ada. Jika suatu masa nanti atuk dah tak ada...anggaplah hari ini dalam sejarah. Bukan senang nak jumpa sekali gus. Itulah sebabnya atuk ternanti-nanti kepulangan semua cucu.
Makan rambutan

Dari Muar kami ke Jementah, Segamat. Kenderan banyak tetapi Alhamdulilllah semasa sampai di Tangkak, kesemua persimpangan jalan yang ada lampu isyarat telah dikawal polis trafik, menyebabkan perjalanan kami lancar.  Sampai di Jementah lebih kurang jam 4.30 petang.
En Mustafa dan En Ateh

Bergambar  bersama besan sebagai kenangan
Jam 5.10 kami pulang dan sampai ke rumah betul-betul waktu maghrib.


Hampir pukul 8 malam, Norhayati (adik ipar) dari Senai datang bersama suami dan anak-anak.

selamat malam

Isnin, 28 Julai 2014

HARI RAYA PERTAMA 2014

Assalamualaikum wbt.

Selepas solat sunat hari raya aidilfitri, salam bersalam bermaafan sambil menghulur duit raya. Paling kecoh raya tahun ini disebabkan cucu-cucu yang sukar 'diam' untuk bergambar

Qin dan Uqail sepupu yang cepat mesra

Fateh tak tau apa-apa lagi....terbaring je. Hari raya pertama baginya.
Zarif dengan dunianya....comel dia dengan baju melayunya.
Uqail terima duit raya dari atuk. Qin dan Zarif tak mau salam, tapi atuk beri juga.
Mohd Arifudin
Noor Awalin

Muhamad Fitri
Banny
Nurulhuda
Muhammad AlFateh
Nurul Najihah dengan kakaknya
Nurulhuda dengan iparnya

Muhamad Syafiq
Tahun ini beri isteri 'ampau' sikit je.
.
                                                          BERGAMBAR KELUARGA
Gambar ini paling susah nak diambil. Cucu-cucu terutama Uqail bukan main 'kecoh'. Akhirnya berjaya juga.
Mohd Arifudin dan keluarganya
Nurulhuda dan keluarganya
Khairul Anwar dan isteri serba kuning beraya di Penang. Menghantar gambar menerusi wassap

Mohd Noor Azam dan keluarganya beraya di Johor Bahru menghantar gambar menerusi wassap juga.
MENZIARAH
Seperti biasa Ayer Hitam menjadi lokasi pertama tempat menziarah.
Rumah Pak Ngah

Rumah Cik Yah

Adegan cemas
Bersama Mak Wok
Suami Mak Wok (abang Rahmat)

TETAMU
Seperti tahun lepas Tn Haji Omar Sujak serta keluarganya dari Shah Alam, menjadi tetamu pertama hari raya tahun ini.  Terima kasih tn haji.