InsyaAllah...esok hari raya.
Tahun ini giliran Kak Ngah (Nurulhuda) dan Mohd Arifudin beraya di Yong Peng. Abang (Azam) dan Nuar (Khairul Anwar) beraya di rumah mertua masing-masing. Azam di Johor Bahru dan Nuar di Pulau Pinang.
Sejak pagi tadi rumah sudah mulai riuh dengan kehadiran empat orang cucu - Rizqin, Uqail dan Zarif. Fateh masih kecil dan terbaring sahaja. Rizqin, Uqail dan Zarif cepat mesra, tapi kadang-kala pening juga kepala atuk melayan. Nasib baik ramai yang melayan juga. Sekarang menunggu kehadiran tiga orang cucu lagi - Iman, Afif dan Aqil. Mungkin petang raya pertama atau pagi raya kedua akan tiba.
Emak dan bapak sedara terpaksa ada kerja tambahan.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan