Pagi-pagi lagi cuaca sudah redup dan diikuti dengan hujan sedikit-sedikit. Jam 9 pagi memulakan perjalanan ke Muar. Tiga kereta kesemuanya. Azam telah berjanji akan bertemu di Muar kerana dia masih di Johor Bahru.
Disebabkan hujan renyai ziarah kubur dibatalkan dan kami terus ke rumah Mak Andak (anak-anak panggil Tok Andak). Jam baru pukul 10.35 pagi.
![]() |
| Bergambar depan rumah Tok Andak. Uqail memang susah nak bergambar. |
![]() |
| Tok Ngah dah tak kenal kami. |
Terfikir di fikiran saya: Adakah saya akan dapat bertahan sehingga usia Hj Mustafa ini (saya panggil Pak Ngah). Jika sampai bagaimanakah keadaan saya dan apakah penerimaan keluarga saya...
![]() |
| Cucu-cucu yang belum mengerti apa-apa. Mereka menangis jika kelaparan, mereka menangis jika kepenatan dan mereka akan menangis harapan tak ditunaikan. Alaihai cucu-cucuku..... |
![]() | |
| Berkunjung pula ke rumah Khir di Taman Temiang, Muar. Seperti biasa makan, solat, bual2 di sini. Azam dan keluarga sampai dari Muar. |
![]() |
| Makan rambutan |
Dari Muar kami ke Jementah, Segamat. Kenderan banyak tetapi Alhamdulilllah semasa sampai di Tangkak, kesemua persimpangan jalan yang ada lampu isyarat telah dikawal polis trafik, menyebabkan perjalanan kami lancar. Sampai di Jementah lebih kurang jam 4.30 petang.
![]() |
| En Mustafa dan En Ateh |
![]() | |
| Bergambar bersama besan sebagai kenangan |
Hampir pukul 8 malam, Norhayati (adik ipar) dari Senai datang bersama suami dan anak-anak.
selamat malam








Tiada ulasan:
Catat Ulasan