Dari pagi cuaca sudah gelap menandakan hari hendak hujan. Dalam emosi yang agak sedikit terganggu saya menulis sesuatu di FB:
dan
Tengahari hujan lebat. anak Kak Yang yang terdiri dari 5 keluarga dan anak Bang San 4 keluarga. Saya tak sempat mengira berapa ramai. Bila masuk sahaja, Mohd Hanafi memulakan marhaban dan seterusnya doa. Seronok bila anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara bermarhaban bersama. Hilang sekejap kedukaan yang melanda.
| Marhaban diketuai Mohd Hanafi. Tn Hj Ghazali (bapa mertua Mohd Hanafi) juga turut datang. |
| Saya bertukar posisi |
| Kerusi memang tak cukup....duduk kat lantai je. |
| Penuh ruang tamu...sesuatu yang menyeronokkan. |
| Tetamu kenit pun ada. |
![]() |
| Akhirnya bergambar ramai. (gaya siuman) |
![]() |
| ......dan gaya bebas |
Satu jam setelah mereka meninggalkan rumah, Mahathir Ibrahim dan keluaraganya sampai pula.
![]() |
| Keluarga Mahathir |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan