Rabu, 30 Julai 2014

RAYA KE- 4 (31 Julai)

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini nampaknya cuaca agak cerah tidak seperti semalam. Tetapi agak sejuk. Baguslah.
 
Wahizat sekeluarga datang petang semalam. Hendak meneruskan perjalanan ke Ayer Hitam tetapi saya mengajak mereka menginap di rumah sebab hari sudah malam. Makanlah apa yang ada dan tidurlah seselesa
yang ada. Gambar di atas diambil semasa mereka hendak balik pada pagi ini.


Dia mempunyai seorang anak perempuan yang istimewa berumur 4 tahun. 

Susu dimasukkan ke dalam perut menerusi lubang yang ditebuk  menggunakan saluran khas.
Susu diberi setiap 4 jam. Dalam sebulan sebanyak 10 tin susu diperlukan dengan harga setin melebihi RM70.
Setakat ini Baitulmal memberikan perbelanjaan membeli susu sebanyak 6 tin sebulan, manakala 4 tin lagi perlu dibeli sendiri.
Peralatan yang digunakan perlu dibersihkan dari kotoran dan kuman.
Waktu malam semasa hendak ditidurkan.

Khairul Anwar sampai pada tengah hari









Tetamu pertama pada raya ke-4


koh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan